NiLai KaSiH SaYaNG SeORaNg IBu KePaDa ANaK

April 26th, 2012 No comments

ibu saya sayang ibu NiLai KaSiH SaYaNG SeORaNg IBu KePaDa ANaK

Nilai Kasih Sayang Seorang Ibu Kepada Anak

Sebagai seorang anak, kita seharusnya sentiasa bermuhasabah dan menghargai segala jasa-jasa ibu dalam membesar dan mendidik kita. Pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu memang tidak ada tolok bandingnya. Saya terpanggil untuk berkongsikan sebuah kisah yang mungkin boleh kita jadikan pedoman dan peringatan tentang betapa besarnya pengorbanan ibu terhadap kita. Ikuti kisah berikut;

Di suatu petang seorang anak berlari untuk mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan hidangan untk makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron dan terus menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu dibacanya .

TAJUK: Kos Upah Membantu Ibu

1) Tolong ibu pergi kedai : RM4.00

2) Tolong ibu jaga adik : RM4.00

3) Tolong ibu buang sampah : RM1.00

4) Tolong ibu kemas bilik : RM2.00

5) Tolong ibu siram pokok bunga : RM3.00

6) Tolong ibu sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) KOS mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

2) KOS berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

3) KOS air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

4) KOS kerungsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

5) KOS menyekolahkan dan memberimu pendidikan – PERCUMA

6) KOS menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata,

“Ibu, Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sumber:
Foto – anakwilayah.wordpress.com

Categories: KiSaH SaNa SiNi, ReNuNGaN Tags: , , ,

Amaran Tsunami Terkini 2012

April 11th, 2012 No comments
info tsunami terkini 11 april 2012 Amaran Tsunami Terkini 2012

Semoga kita semua dilindungi dari segala perkara yang tidak diingini

Amaran tsunami telah dikeluarkan di Lautan Hindi selepas gempa bumi yang kuat di luar pantai wilayah Aceh di Indonesia, yang menyebabkan pemindahan dari kawasan pantai dan penggera di kawasan yang dilanda oleh gelombang yang dahsyat pada tahun 2004.

Gempa hari ini telah diukur pada awal 8,6 magnitud, mengikut US Geological Survey, yang disemak turun lebih awal dari anggaran 8,9 .

Tsunami berukuran 17cm telah dijana dan menuju ke wilayah Aceh, kata Victor Sardina, geophysicist yang berpangkalan di Pusat Amaran Tsunami, Hawaii-Pacific.

Beliau berkata ukuran menegak gelombang, mengikut tolok pemantauan, adalah 35cm dan 17cm ketinggian.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menyediakan anggaran masa untuk tsunami melanda.

“Ia tidak kelihatan seperti tsunami utama,” kata Sardina. “Tetapi kita masih memantaunya sebagai tsunami yang akan datang dalam bentuk gelombang.”

Phillip Charlesworth, Ketua delegasi Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di Jakarta, Indonesia memberitahu Al Jazeera bahawa gempa bumi itu berlangsung selama kira-kira tiga minit.

“Gegaran agak ganas, dari perbualan dengan kakitangan kami,” katanya. “Nampaknya tiada kerosakan ketara. Kita tentu tidak tahu lagi apakah kesan terhadap kemanusiaan. Tiada laporan mana-mana tsunami yang akan datang ke darat, walaupun pihak berkuasa tempatan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memindahkan komuniti pantai.”

Sumber: Al Jazeera Read more…

SYuKuR KeRaNa aKu SeORaNG WaNita, iSTeRi dan iBu

April 10th, 2012 No comments
aku bersyukur kerana aku seorang wanita isteri ibu SYuKuR KeRaNa aKu SeORaNG WaNita, iSTeRi dan iBu

Sesungguhnya Allah menciptakan WANITA penuh dengan penghormatan dan keistimewaan

Sesungguhnya Allah telah menciptakan WANITA itu dengan seribu keistimewaan dan penuh penghormatan. Sedar atau tidak bahawa kaum wanita sangat-sangat beruntung jika dipandang dari sudut yang positif, cuba renung 19 kelebihan seorang wanita, isteri dan juga ibu seperti di bawah ini;

Antara 19 Hadis Nabi Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung akan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang isteri yakni perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang isteri yakni perempuan yang melahirkan anak, maka keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui ibunya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Read more…

12 MaKaNaN KeGeMaRaN RaSuLuLLaH S.A.W

April 8th, 2012 No comments

MAKANAN PILIHAN UNTUK KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

buah delima pomegranate penawar penyakit kesukaan nabi muhammad saw 12 MaKaNaN KeGeMaRaN RaSuLuLLaH S.A.W

Buah Delima atau Pomegranate antara buah yang boleh dijadikan pilihan

Berikut merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Ianya sesuai dijadikan panduan dan pedoman kepada kita dalam membuat pilihan makanan yang diambil seharian. Amalan yang baik untuk penjagaan kesihatan diri & keluarga.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup (penyejuk badan).

2. Buah Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Buah Anggur – Nabi suka buah anggur. Ianya dapat membersihkan darah, dapat menguatkan buah pinggang serta dapat membersihkan perut.

5. Madu – Ianya adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mampu mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, dapat membuka selera makan, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum di waktu pagi dengan air suam. Read more…

Nilai Diri Sendiri Sebelum Menilai Orang Lain

March 15th, 2012 1 comment

Segalanya Bermula Dari Hati

 

suami isteri perlu miliki hati fikiran perkataan perbuatan bersih Nilai Diri Sendiri Sebelum Menilai Orang Lain

Kita sering menilai orang lain sebelum menilai diri sendiri

Kita sering tertipu dengan pandangan mata kasar dan sering membuat andaian dari apa yang kita nampak secara zahir. Segala-galanya berpunca dari hati kita.  Kita terlupa untuk membuat penilaian  terhadap diri sendiri sebaliknya suka melihat dan menilai kelemahan orang lain. Justeru itu kita perlu sentiasa bermuhasabah kerana Hati, Fikiran, Perkataan & Perbuatan kita Mencerminkan Keperibadian kita.

Hayati kisah dari cerita di bawah

Pasangan muda yang baru bernikah mendiami sebuah rumah di satu kawasan perumahan.

Suatu pagi, sewaktu bersarapan, si isteri melalui jendela kaca rumah mereka. Ia telah melihat jiran tetangganya sedang menjemur kain. Lalu ia pun berkata:

“Cuciannya kelihatan kurang bersih bang”, kata si isteri.
“Nampak seperti dia tidak tahu cara yang betul mencuci pakaian kan bang.
Mungkin dia perlukan sabun pencuci yang lebih bagus.”

Suaminya menoleh, tetapi hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen pun.

Sejak hari itu setiap kali jiran tetangganya menjemur pakaian mereka, selalu saja si isteri akan memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran tetangganya mencuci pakaian mereka.

Seminggu telah pun berlalu, di satu pagi, si isteri merasa amat hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur oleh jiran tetangganya kelihatan bersih, dan dia lalu berkata kepada suaminya: Read more…

pixel Nilai Diri Sendiri Sebelum Menilai Orang Lain