Home > PaNdUaN & TiPs > TeKNiK BeRJiMaK

TeKNiK BeRJiMaK

August 10th, 2008 Leave a comment Go to comments

Banner2 468x60 TeKNiK BeRJiMaK

Tusukan Perawan

Ini adalah tips kepada suami yang akan bersetubuh buat pertama kalinya dengan isterinya yang masih bergelar dara atau gadis yang masih perawan. Pada malam pertama, sebaik-baiknya senggama (jima’) perlulah dilakukan dengan lemah lembut dan bertimbang rasa. Ini akan menolong mengurangi rasa kesakitan kepada isteri sewaktu selaput dara isteri terkoyak akibat tusukan pertama.

Cara yang disarankan oleh Orang Melayu ialah, suami akan duduk bersila manakala si isteri akan didudukkan menghadap suami dalam keadaan mencangkung dan vaginanya berada di atas penis suami. Dalam posisi ini, si suami tidak memainkan peranan yang aktif, tetapi hanya mencumbui dan membelai si isteri untuk meningkatkan rasa ghairah dan kenikmatan isteri. Isteri akan memasukkan penis suami ke dalam vaginanya dengan tangannya dan kemudiannya menekankan punggungnya ke bawah sedikit demi sedikit.

Ketika ini Isteri akan berada di dalam keadaan nikmat dan bercampur rasa sakit kerana pada ketika ini akan terjadinya perobekan selaput dara si isteri. Isteri akan membuat pilihan, sama ada untuk menekan vaginanya agar penis suami masuk lebih dalam apabila kenikmatan yang dirasakan lebih hebat dari kesakitan. Dia akan berhenti jika merasa kesakitan lebih hebat dari kenikmatan. Apabila kenikmatan yang dirasainya meningkat kembali, dia akan menyambung perlakuannya tadi, agar penis dapat masuk lebih dalam lagi. Dengan cara ini akhirnya dara akan terkoyak, dan kemudian jima’ akan diteruskan dalam posisi yang lain atau dihentikan lalu dilakukan pada waktu yang lain.

Kenikmatan pada isteri sewaktu memecahkan selaput dara itu dapat ditingkatkan dengan cumbuan dan rangsangan dari suami ke arah buah dada, pinggang, tengkuk, leher, mulut dan telinga isteri. Ertinya, suami perlu melakukan cumbuan terus-menerus agar isteri itu melupakan kesakitan dan akhirnya tenggelam dalam kenikmatan. Menghisap lidah isteri adalah amat baik dilakukan pada ketika itu.

pixel TeKNiK BeRJiMaK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.